Private Investigator?





Konbawa! 

Having a good day so far? Me too. Well at least better than yesterday. My brother told me this, don't think too much. Worrying means you suffer twice. 

Okay kembali kepada tujuan utama post ni. Soalan selalu yang ditanya masa kecik dulu, kau dah besar nak jadi apa? Aku selalu bagi jawapan klise dan diterima oleh orang keliling, macam doktor? pengurus (ikut ayah) and guru (ikut mak). Tapi hakikatnya aku pernah berangan nak jadi macam Agent Natasha Romanoff, Salt, or sewaktu dengannya. Faham tak aku nak jadi apa? Hahaha.

Aku tahu benda ni memang tak logik. Sebab aku dengan tak fitnya, tak genius, tak cukup bagus untuk terpilih dan dilatih menjadi “tentera” ni. Plus, aku pun penakut jugak. Takut mati. Aku nak menang je taknak mati. hahahahaha. 

Yang kelakarnya aku sampai sekarang perasan aku ada “skill” tu. Gelak berjemaah please. Skill yang sebagai detektif, cari kelemahan, cari kelebihan, cari apa apa info yang boleh kau guna dan bermanfaat untuk aku. Kawan aku kata aku stalk.Erm, bukan sayangku. Aku investigate. hahahaha. 

Apa yang syoknya bila kau “investigate” ni, seolah olah kau dah pegang orang yang kau investigate tu. Contohnya, orang tu tak boleh kencing kau (tipu) sebab kau tahu dah. Itu yang fun part, tapi yang tak bestnya bila dia pilih untuk tidak jujur. Kalau dia musuh, mungkin kau akan gunakan info kau ada tu untuk buat dia “takut” tapi kalau dia orang yang kau percaya, yeah sakitnya tu di sini. Benda apa lagi menarik bila kau “investigate” ni adalah kau boleh kenal semua orang keliling dia tanpa dia bagitahu kau tapi apa yang tak bestnya? Kau kena berlakon terkejut dan tak tahu apa apa bila dia bagitahu. Element of surprise tu dah tiada. Faham kan?

Aku suka masa sekolah and sampailah uni, kawan kawan aku akan gunakan aku untuk tolong diorang “investigate” and aku selalunya berjaya. Jadi tak berjaya tu bila clue langsung tiada. Tak dapat tahu nama pun, nama gelaran pun boleh guna or maybe sekolah mana, or maybe bila dia graduate? Aku pernahlah jumpa orang yang aku usha kat mall dekat socmed, dengan hanya gunakan hashtag and location. Yeah, kalau kau bertuah kau akan jumpa. 

Aku rasa semua orang ada je skill ni, aku je perasan hebat. Bila aku jumpa sorang ni, aku nak tergelak juga sebab dia lelaki. Jarang jarang lelaki nak “investigate”. Sebab selalu yang buat kerja ni perempuan. Well, perempuan kan nak cari salah,  supaya perempuan selalu menang? Done pukul rata kaum sendiri. hahahaha. Seronok juga masa dia dapat tahu aku siapa. Reaction aku masa tu “wowowowowow” . Aku bila tahu dia macam tu aku rasa macam perasaan “Avengers”
ditemukan. Ngam ni. Ada team. Sekepala. We are born to fight. Lol.

Aku ni bukannya perahsia mana pun. Almost semua jenis socmed aku ada dan nama aku pun senang je nak cari kat google. Type and there you go. All you need is my full name. Pap! Itu aku tak suka tu, sebab my job sekarang ni aku terpaksa akur nama aku terpampang kat google. Aku ada cuba nak tukar nama aku kat FB, Twitter and Instagram tapi sebab aku dah terbiasa dengan nama aku sendiri, nak tukar nama agak susah. 

Solving mysteries pun aku suka. Aku suka gather maklumat and observe apa yang aku nampak dan dengar. Aku akan susun dan simpan maklumat tu dalam “vault” aku sendiri. Kadang ada orang kata aku ni menakutkan. Aku pun tak sure. Sebab aku rasa aku tak harm pun sesiapa. Aku cuma gain information untuk aku sendiri. Aku bagi contoh catfish. Aku tak tahu kenapa, tapi aku tahu orang tu catsfish. Tengok pun tahu. Kadang penat juga asyik tahu je. Lepas tu orang kata “eh mana kau tahu” LOL. Kenapa tanya soalan macam ni kat aku. Korang yang tak observe betul. 

Aku takde ayat yang sedap nak letak kat sini, kadang bila kau tahu semua, lagi sakit daripada kau tahu sikit (only applicable untuk yang tersayang) 


Sayonara! Till we meet again! 

Comments