Lepas pertemuan pertama tu, aku agak paranoid sedikit. Sebab selalunya sang pujangga bersikap lain selepas jumpa. Antaranya perbualan rancak menjadi hambar atau tidak berhubung langsung. Oh ya, sebelum balik aku sempat bagi dia batu pantai Desaru sebagai kenangan.
Ternyata dia berbeza. Tidak menjadikan pertemuan itu yang terakhir. Kadang bila aku turun ke KL aku akan hubungi dia untuk lepak bersama. Ada sekali malam tu aku bonceng motor dia bawak pusing ibu kota. Best gila!
June, 2017
Setahun lebih berkawan. Sebelum balik raya dia ada teman aku cari baju raya. Akak kedai siap usik kami.
"Korang berdua ni suami isteri ke?"
Aku mampu tersenyum. Malam lepas berbuka dia ada tunjuk aku sesuatu. Cuba teka? Erm taknak teka takpe. Dia tunjuk pada aku batu yang aku bagi masa dekat Desaru dulu. Peh cair beb! Benda kecik macam ni kalau orang appreciate aku memang drama habis.
July, 2017
"Jekjek, nak jumpa boleh?"
"Sure"
Lepas hantar dokumen dekat Cimb Bangsar South terus menuju ke IJN. Bertukar tempat duduk, dan dia ambil alih memandu.
"Nak ke mana kita?"
" I lapar burger ramli"
Kelakarnya pusing punya pusing nak cari stall jual burger takda. Yela baru pukul 6 petang. Sampailah berhenti dekat warung area Wangsa Maju tu. Konon nak melintas jalan, sekali pandang depan, eh? Terpampang besar signboard RAMLY. Menjerit seronok.
"'memang rezeki you"
Lepas makan dia ajak pergi karaoke. Since kenal memang kitorang nak sangat karok together. Kali ni nak buat jugak. Masa nak hantar dia balik ke IJN, sempatlah sembang sekejap. Boleh kata macam semua aku nak or craving dapatlah buat malam tu.
"You, i nak bagitahu you yang you memang baik"
Aku tergelak. Dah kenapa dia ni tiba tiba.
"I suka kawan and kenal dengan you. Patutlah you ramai kawan. You tengok eh, kawan kawan you care pasal you. Macam tu lah you sebenarnya. Kawan cerminan kita"
"Awhh. Thank you. Terharu!"
"Btw, ada benda lagi I nak bagitahu you"
"You nak kahwin ke?" Aku tanya dalam nada bergurau.
"Eh mana you tahu?"
Aku terdiam. Aku bergurau je sebenarnya tak sangka mengena. dan aku tak tahu nak respond macam mana.
"Wow tahniah! So, bila?" pura pura gembira. Harap muka aku memang nampak aku gembira.
"Hujung bulan depan. You nak datang boleh datang belah I"
"Oh rasanya rakde hal kot. InsyaAllah"
"I nak bagitahu you yang I anggap you kawan baik I. Walaupun kita kenal dekat socmed sahaja"
Dan, malam itu adalah malam terakhir aku berjumpa dengan dia. Lepas pertemuan tu, aku jatuh sakit dan berhenti kerja so pulang ke Johor semula. Entah kenapa aku terpaksa tekan button block di whatsapp.

Comments