CEROLIAN VERSI SAYA : Part 1






Tak berapa nak ingat exact date tapi boleh je kan letak berapa haribulan pun asalkan ada kronologi?


*********
August, 2015

Jekjek now is following you.

Usha profile and baca content. Not bad. Daripada hasil pembacaan, lelaki ini boleh ngam untuk berkenalan tapi belum cukup yakin untuk click folloback sebab jual mahal kan seronok? Bermula dengan berbalas reply...

"Hai"
"Sebaya?"
"1991?"
"Yup! Wow! Jarang jumpa lelaki yang sebaya kat sini. Kerja?"
"Yup. Hbu?"
" Erm kerja tak kerja. Macam latihan sebelum kerja betul."
" Oh chambering?"

Aku terus DM. Pelik orang tahu apa aku buat. Suspiscious. Aku mana ada cerita latar belakang kerja aku masa tu. Pulak tu perkataan chambering tu tak famous sangat untuk orang yang amik course selain aku. 

"Kita kenal ke each other ni?"
"Eh why?"
"How come you tahu I amik apa and chambering semua tu?"
"hahaha. kebetulan I ada kawan macam you."
"you ke kawan you 😏"
" Nope. Memang kawan I"

Perbualan makin rancak and semakin hari semakin rapat. Daripada menjadi anonymous, masing masing dah mula cerita siapa diri masing masing. Berani tukar nombor dan lain lain lagi.

Oktober,2015

"Cadangkan I nak buat apa malam hujung minggu ni?"
"Datanglah Johor."

Aku memberi cadangan rawak. Dia pun diam tak memberi respond. Bukan apa, kalau dia datang, memang pertama kali berjumpa bersua muka. Aku agak kekok juga kalau dia setuju untuk turun ke tempat aku ni. Malam sikit dalam pukul 11 lebih, dapat panggilan daripada dia. 

"Dah beli tiket ke JB. Bas pukul 12 kejap lagi. Sampai mungkin pagi sebelum Subuh. You boleh ambil?"

Aku masa tu speechless teruk. Pertama kali ada orang sanggup datang semata nak jumpa aku. Aku tak fikir panjang masa tu. 

"Boleh" 

Malam tu aku memang tak tenang. Nak tidur pun sibuk risau fikirkan pagi esok. Apa aku patut pakai? Nak bawak jalan mana? Aku pun kena cari idea untuk keluar dengan dia seharian dengan ibu ayah. Dalam pukul 5 pagi dapat text

"I dah sampai Larkin. I tunggu kat Masjid ni. Nanti you dah keluar you bagitahu"

Aku terus bersiap dan lepas Subuh aku minta izin untuk keluar. Bagi alasan ada kawan jauh datang nak jumpa tanpa bagitahu nama dan jantina. Alhamdulillah ibu izinkan. Perjumpaan pertama kali dengan dia aku macam biasa jadi seperti aku iaitu bila nervous aku akan cakap banyak dan hiccups yang tak berhenti. Dia gelakkan dengan sikap spontan aku masa tu. Aku bawa dia makan di tempat yang tidak sensasi tapi sedap dan membawa dia jalan ke Desaru. Tengok laut Johor ☺️

Macam pasangan bercinta mungkin? Sebab aku tak pernah ada date yang macam ni. Bermain air pantai, duduk atas kayu berbual. Berlari anak dan bergurau senda? Sempat dia lipatkan seluar aku masa tu sebab basah dan juga pegangkan kasut aku. Angin pun menepuk manja. Terasa diawangan seketika. Seharian bersama berbual aku hantar dia pulang. Dalam hati berdoa moga ini bukan pertemuan terakhir. 

Comments