Salam.
Apa khabar? Khabar saya baru baik dari demam denggi. Alhamdulillah. Seminggu bertarung dengan sakit sendi, sakit kepala, dengan tak boleh nak makan, dan lain lain lagi. Benarlah, kalau Allah nak tarik nikmat sihat kita tu, bila bila pun Dia boleh ambil. Seminggu yang lepas, Nadiah memang sihat walafiat. No demam, No sakit. Memang bergelak tawa. Siap boleh main facebook dan twitter, scroll instagram. Esok harinya dengan tiba tiba sakit. Sakit yang tak boleh nak bangun. Padahal kau ada paper lusa. Sekarang badan kau kesejukkan, kesakitan yang amat. Telefon ibu mengadu rasa sakit yang tiba tiba muncul. Ibu kata pergi klinik. Ah malas. Sebabnya, rasa macam buang masa. Pergi klinik, buat checkup pastu dapat ubat yang sama. Bosan. Lepas tu fikir yang doktor tu mesti ingat diri ini sengaja. Sebab memang kebiasaan budak budak kat sini bila nak exam penuh klinik sebab nak MC. Tapi ibu insist jugak suruh pergi. Serious sebenarnya masa tu buku tak habis baca lagi. Cases tak hafal lagi. Ah rumit. Tapi badan dah tak tahan sangat. memula ingat diri ini sorang je yang tiba tiba sakit, rupanya housemate pun sama. Ah pulak. Kenapa sampai dua orang sakit ni. Kami pun pergilah klinik tengahari tu. Kelakar. Dua orang masuk, keluar dua dua tak dapat ubat yang sama. Yang sama paracetamol je.
Pulang je dari klinik, tidur je. Makan? Nak bukak mulut pun macam Ya Allah beratnya rasa. Tiba tiba bangun dari tidur, sihat semula. Pelik. Sungguh. Pergi rumah kawan, sambung belajar. Ibu call, "Ibu lagi 30 minit sampai" WHATTTTTTTTTTTTTT. Terkejut berbaur gembira. Ibu ayah mesti risau gila sampai pecut dari Johor ke Melaka. T^T
Malam tu dengan ayah ibu, demam tu datang balik. Esok pagi ni paper ni. Tak boleh study langsung. Ibu pun berjaga malam tu bagi makan ubat, letakkan "koyok" kat kepala. Esok paginya jawab paper memang redha dan tawakal. Jawab paper dengan kesejukkan yang tak terkata. Menggigil sepanjang jawab exam. Lepas je habis paper tu, ayah ibu bawak balik Johor. Nak amik darah kat Johor. Senang, kalau kalau denggi boleh diorang jaga dalam jarak dekat. Ya,selepas amik darah memang confirm denggi. Platelete jatuh dari normal. Kenapalah nak datang sakit ni waktu exam pulak tu. Paper baru satu yang dah lepas. Ada lagi 5 paper yang nak kena tarung. Paper kedua, memang give up. Sakit amat. Menangis teruk malam tu. Dah nekad taknak jawab exam. Ayah ibu tak bagi. Diorang bawak ke Melaka hari paper kedua tu. Hmm jawablah exam dengan keadaan yang tak sedia. Berserah.
Habis jawab je, terus admitted kat KPJ Johor. Ibu ayah teman tidur kat sana. Kasihan, kita berbaringkan atas tilam, diorang kerusi dan toto sahaja. Allah... 3 hari 2 malam kat hospital, mohon minta discharge. Sebab ada paper lagi. Malas nak amik MC punya pasal nak taknak pergila exam. Sekali lagi ayah ibu pecut ke Melaka. Hmmm sejak sakit ni ibu ayah ulang alik Johor Melaka macam dekat je jaraknya. Padahal 3 jam juga.
Alhamdullillah sekarang dah okay, Walaupun platelet dah naik ke takat normal, tapi masih lagi kena kawal makan. Banyakkan minum air. Tak sabar nak habiskan paper lagi satu, hari Sabtu ni dan pulang ke rumah jumpa ayah ibu dan bermain dengan kucing.
Kepada ayah ibu, terima kasih banyak banyak. Jasa kalian memang tak ternilai harganya. Wish me luck for my last paper!
p/s: sakit memang tak best. Lagi lagi denggi!
Comments
Moga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat kasih sayang-Nya. Amin :*
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)