Salam.
NS.
Apa khabar? Baru balik dari keluar makan dengan Aini, my ex schoolmate masa kat MRSM dulu. Biasalah bila jarang jumpa ni, memang cakap dia kalau boleh taknak balik. Walaupun tiap kali jumpa topiknya sama. Jadi bual punya bual, tentulah zaman sekolah punya kisah yang menjadi topik paling hot! Dok ulang balik gosip lama dan ditambah gosip baru...
Sekarang sibuk kecoh pasal whatsapp dengan double tick. Hahaha baru je update whatsapp semalam. Tu yang jakun tu. Teruja tengok orang yang dah baca pastu taknak balas. Tapi saya takdelah heran sangat sebab kengkadang saya pun dua kali lima sepuluh je perangai. Cerita pasal whatsapp, si mek Aini pun kata dia dan classmate lama bersembang kencang dalam group. Diri ini macam terdiam. Cemburu. Sebab meriahnya mereka, sepinya kami.
Perati kat whatsapp group kami, tinggal berapa je yang tinggal. Yang lain semua left. Sudahlah sikit. senyap juga. Entah kenapa. Bawa diri mungkin atau tak tahu topik apa nak dibualkan? atau mungkin kami tak serapat mana? Nak tahu juga apa kondisi sekarang? Status? Nak ditegur sorang sorang, pun dah naik segan dah. Kalau kat sekolah dulu kemain hoi sana hoi sini gelak sana gelak sini gaduh sana gaduh sini. Dah habis ni, hoi pun susah nak dengar. saya rindu. rindu.
Bila lah masa yang sesuai itu. Masa untuk kita duduk bergelak macam dalam kelas, kacau meja ke meja. Tarik tudung tepuk tampar, gelak besar teriak sama. Kena denda kena marah...
Semoga baik baik aja ^^
NS.
Comments