REDANG WITH LOVE

Salam.

Bertemu kita kembali! Yay, akhirnya post jugak pasal trip ke Redang bersama Jadore. Okay, nak mula dari mana?Hentam jekla yeh. Bermalam di rumah Hazirah, dan esoknya kitorang bertolak pagi sebelum subuh dari Putrajaya ke KLIA2. Flight pukul 7 pagi, sembahyang Subuh dan sarapan kat KLIA2. KLIA2 memang daebak lawa dia. Cantik menarik tertarik kau memang kababom. kikiki. Naik fligt tak sampai sejam dalam 40mins macam tu dah sampai. Dekat arrival, Paah dah terjerit jerit. Dia dari arah Kelantan. Kitorang berjanji jumpa dekat Airport Kuala Terengganu. Ohya, kami naik AirAsia. 

Sesampai je sana, ada orang angkat sepanduk nama Hotel Reef Resort Redang, siapa lagi kalau bukan untuk kami. Naik van hotel sampai ke jeti. Disebabkan naik feri dalam pukul 10 pagi, waktu tu baru pukul 830 pagi, kami jalan jalan sekitar jeti. Bergambar dekat Istana dan kawasan sewaktu dengannya. Siap ditemuduga oleh sekumpulan pelajar dari UiTM Shah Alam. Harap adik adik edit la ya video ahkak tu :P

Naik je jeti, Juliana ada pesan nak tak makan pil mabuk laut? Ku tolak dengan cermat. Tak mabuk jawabku. Puing... dalam feri ombak dia jangan kata. Pening dia menggila. Mujur mampu bertahan. Hazirah dah banyak beg plastik dia guna..... :P Perjalanan dari jeti ke Pulau Redang, masa tu dalam 2 jam. Lama jugak tu. Jadi, kami tiba dalam pukul 12 tengahari. Lepas check in dan briefing, kami pun makan tengahari. Hooray.






Pakej:

Ada banyak hotel yang best dan berbintang bintang, disebabkan kami ni budak budak lagi (kikiki) jadi kami pilih budget hotel, Reef Resort Redang. Boleh la google untuk melihat sendiri. Ada banyak pakej, kami pilih untuk enam orang, dan kerana hujung minggu harganya ialah RM388 untuk tiga hari dua malam , siap dengan makan minum serta snorkeling except barang untuk snorkeling RM10 untuk yang normal penglihatan, RM15 untuk yang rabun,  dan untuk RM5 ke Pusat Marine. 




Makanan:

Alhamdulillah. Sedap. Kenyang. Dan berbaloi. Setiap waktu disediakan makanan. I mean, breakfast, lunch, tea dan dinner. Korang tak perlu risau. Kalau lapar jugak, ada foodcourt tapi tu kat Hotel sebelah. Ada jugak kedai runcit tapi tak banyak pilihan. Almaklum dari jeti ke pulau pun jauhhhh. Pasar pun tak nampak :(

Aktiviti:

Pukul 9 pagi, dan 2 petang waktu snorkeling. Sepanjang kat sana, kami snorkeling 3 kali, tambah satu sebab baik dengan seorang abang aka diver ni. Dialah yang bawak kitorang jalan jalan dalam laut. Terima Kasih abang yang namanya misteri. Tempat yang dilawati cuma dua, sepatutnya tiga. Tapi hujan waktu kami pergi jadi dua tempat je boleh pergi, Pusat Marin (Pulau Pinang) dan juga Teluk Kalong Besar. Kat Pusat Marine tu best, sebab air dia sangatlah jernih. Kat pinggir je tapi banyak gila ikan. Macam kat Pulau Manukan, Pulau Sapi di Sabah. 

Masa dekat Teluk Kalong Besar ni, kitorang semua terkejut. Bot kami naik berhenti kat tengah tengah. Air memang warna gelap. Dalam hati masing masing, kat sini ke nak terjun? Serious? Sebab tak nampak apa apa dan ...DALAM! Apa boleh buat, terjun jekla, dahla tak reti berenang tapi acah acah reti. Sebab dah sedapkan hati, life jacket kan ada. hahaha.








Super duper best. Tak mengecewakan. Sangat berpuas hati. Tak hesitate untuk suruh korang pergi. Simpan duit RM500 cukup dah tu. Hiks. Gambar terlalu banyak. Niat nak show off semua, tapi takpelah... siapalah kami. Lol.




Gambar Sunrise di Reef Redang 






NS.

Comments

Naqiah Nazari said…
Jelesnyaaaa... Tak ajak ponnn :P
Enn Ess said…
Hahaha. Bukan ke awak tengah sekolah :3