First of all nak say sorry to my best friends yang juga traveler bersama masa trip "JADORE 1.0" ke Redang hari tu (17.10 - 19.10) sebab masih tak mampu nak bagi semua gambar dek memula masalah internet yang diputuskan (tak bayar kekekeke) dan sekarang laptop yang tak boleh panas sikit, poof mati.
Trip kali ni memang daebak! Dan nasib baik lah tarikh yang dipilih masih lagi waktu cuti sekolah (saya masih student :P) walaupun dah hujung cuti T^T (Tarikh keputusan exam akan keluar) . Memang selalu waktu nak result exam keluarlah waktu tu nak terkedek pergi bercuti. Sejak dari awal kemasukkan (skemanya ayat) . Memang taknak bagi kita happy sangat ya? Memandangkan kawan kawan sudah bekerja, jadi tarikh dipilih hujung minggu maka harga dari segi penerbangan dan juga package yang disediakan agak tinggi berbanding hari biasa. Kalau jatuh cuti sekolah mesti lagi tinggi T^T
Hari Khamis 16hb dah gerak dari Johor secara solo. Acah acah backpackers. Menuju ke Putrajaya. Sesampai TBS, amik KLIA transit. Waktu ni ada peristiwa kelakar. Sebenarnya bukan sekali dua naik KLIA Transit ni, tapi tah kenapa terkonfius dengan suara operator terlajak jugak sampai ke Salak Tinggi. Mujurlah jenis muka tak tembok ni bertanya pada orang awam macam mana nak patah balik tanpa guna kad. Cuak? tentulah. Malam and seorang. Sesampai Salak Tinggi, kosong. Hanya bercahayakan lampu terminal dan dikelilingi pokok nan gelap sebab tiada lampu. Duduknya di terminal nak tunggu train lagi 26 min itu, dengan jantung tak berhenti degup laju, tiba tiba....BLACKOUT. @@ . iDied a little. hahaha. Doa banyak banyak. Siapa wey nak amik amik dekat situ, dahlah konpem takde sedara stay situ and dengan tak nampak satu manusia pun. tengok phone, bateri 18% try buat call "anda kehabisan kredit. sila tambah nilai.." hahaha. memang menguji keimanan betul. Allah sayang....akhirnya muncul sorang demi sorang buat peneman. Harap memang orang kekeke. Dan naiklah semula train patah balik ke Putrajaya.
***
Comments