KELUARGA HJ NORDIN BERTAMBAH

Salam.

Baru pagi tadi update and edit blog, malam dah update lagi? Semangat. Sama semangat macam nak naik sekolah bila dapat beg baru, baju baru, kasut baru, semuanya baru. hihi. 

Sebenarnya sekarang tengah cuti sem. Baru je masuk dua hari cuti. Secara jujur memang menantikan saat bersenang lenang ni. Sebab tu excited nak tukar wajah baru blog ni. Oh ya, kembali kepada cerita yang nak disampaikan...KAMI DAH BERTAMBAH AHLI KELUARGA! eh? Siapa yang kahwin? Siapa yang bersalin? 

Kucing kesayangan kami, Ahmad Chot lah yang berkahwin! Chot ni akhirnya dah sampai 'umur' teringin nak berkahwin. Jadi pelbagai cara dan gaya nak carikkan calon sesuai untuk Chot. Banyak juga risikan kami ditolak. Kasihan Chot. Akhirnya bertemu si Puteri 1, Siti Nur Chico (tambah Siti  Nur nampak glamour sedikit) . Kucingnya comel, warna bulu hitam gebu dan baka sejenis parsi, namun perkahwinannya dengan Chot merupakan perkahwinan kedua. Tapi Chot tidak kisah, dia terima Chico seadanya. Kemudian Chot bertemu pula dengan Puteri 2 Pretty Che Wan, yang ni masih anak dara, berwarna kelabu asap dan sejenis baka sama macam Chot. Masa ditemukan Chot suka, Pretty pun suka. Cinta mereka pun bersatu. 

Setelah 3 bulan lamanya... Berita pertama dari Siti Nur Chico, selamat melahirkan anak anak Chot. Ada 5 kesemuanya! Tapi malang tidak berbau...satu daripadanya tak dapat diselamatkan. Kemungkinan sejuk atau lemas. Kasihan. Seminggu lepas tu, pukul 3 pagi dapat panggilan dari Pretty Che Wan, juga selamat bersalin dan anak anak semuanya 5 ekor. Alhamdulillah. Sebagai kakak kepada Ahmad Chot, sangat berbangga dan happy dengan rezeki ini. Tapi... yang kelakarnya semua anak anak Chot ni takde satu pun warna bulu sama macam Chot. Hitam kesemuanya. hahaha. Chot putih. Hitam pun comel! Memang teringin nak ada kucing macam Saleem, Sabrina Teenage Witch tu. Tak apelah, asalkan ada waris sebab sekarang Chot pun dah kena kasi. Selalu sangat kencing merata. 

InsyaAllah nanti saya update gambar anak anak Chot. Tapi kami tak akan amik semua. Hanya satu ekor setiap satu isteri kot. Tak mampu nak jaga banyak kucing. 


Tuan dia bila pula? 


NS. 

Comments